Buat Tangan Anda Dengan Gaya Begini!

Apabila kita melihat pada tangan, kita hanya akan beranggapan ia hanyalah sekadar tangan.

Tetapi, jika anda bertanya kepada ahli refleksologi, mereka akan memberikan beberapa titik aktif yang dapat memberikan kuasa kepada badan dan minda anda.

.

 

20170710_154613

Ibu Jari

Ibu jari dapat membantu mengatasi gemuruh dan sakit kepala.

Jika anda sedang mengalami sakit kepala, genggam ibu jari anda dengan lembut.

Ahli refleksologi mengatakan ia akan melegakan sakit tersebut.

 

20170710_154545

Jari Telunjuk

Jari telunjuk mengawal sakit otot termasuklah perasaan kecewa, takut, dan malu.

Menurut kajian yang dijalankan di Universiti Minnesota, pesakit dengan sakit belakang dan sakit otot berasa lebih lega selepas terapi refleks.

Genggam jari telunjuk selama lima minit.

.

20170710_154447

Jari Tengah

Tekan jari tengah untuk membantu mengatasi perasaan geram, marah, atau lebih penat daripada biasa.

Kajian menunjukkan senaman tersebut dapat mengurangkan tekanan darah dan membuatkan diri anda tenang.

.

20170710_154417

Jari Manis

Emosi yang negatif dan kesedihan akan dapat diatasi dengan genggaman lembut pada jari manis anda selama lima minit.

Pastikan anda dalam keadaan tenang dan kawal pernafasan anda.

.

20170710_154327

 

Jari Kelingking

Jika diri anda dalam keadaan tertekan, gemuruh, dan ingin meningkatkan keyakinan diri, urutan pada jari kelingking dapat membantu.

Anda boleh cuba mengurutnya selama lima minit.

Cuba fikirkan sesuatu yang baik ketika melakukannya.

.

20170710_154255

Tapak Tangan

Tekan jari anda di tengah tengah tapak tangan. Urut dalam pergerakan membulat. Tarik nafas sedalamnya dan hembuskan, ulang sebanyak tiga kali.

Ahli refleksologi mengatakan tapak tangan adalah pusat perasaan dan emosi.

Kajian menunjukkan urutan yang selalu dilakukan pada tapak tangan membantu mengatasi loya, cirit birit, sembelit, dan tertekan.

.

20170710_154221

Tapak tangan yang ditekan pada satu sama lain

Gaya ini sering digunakan dalam meditasi.

Ia membantu anda untuk fokus.

Dengan menekan kedua-dua tapak tangan dapat meningkatkan pergerakan darah.

 

20170710_154105

Surya Mudra

Gaya ini akan membantu anda meningkatkan penghadaman dan metabolisme.

Teknik ini juga boleh digunakan untuk suhu darah yang rendah dan ketika hilang selera makan.

 

Advertisements