Lelaki Ini Kongsi Bagaimana Dia Dan Adik Beradik Mudahkan Urusan Mak Ayah Tiap Kali Raya

PhotoGrid_1499833556561

 

Lagi sehari je puasa lepas tu raya. Tahun ni raya rumah mak saya di Kampung Tersusun Tasek.

Bayangkan 10 beradik berkumpul + menantu 7 orang + anak sedara 18 orang. Dah tentu kalau masak dah macam kenduri kendara. Tak boleh masak sikit-sikit sebab tak cukup.

Pertengahan puasa, kami dah mula kutip setiap keluarga RM200 untuk tujuan persiapan juadah raya. Ada 2 orang masih belajar jadi kutipan terkumpul RM1,600. Duit tersebut dipegang oleh bendahari kehormat dan setiap pembelian barang-kena kena ada resit.

Menu raya pertama hingga raya ke 3 telah ditentukan dalam whatapps family dan pembahagian tugas telah diberikan.

Maknanya untuk semua juadah raya anak-anak dan menantu yang uruskan. Mak jadi mandur dan kalau boleh rehat je biar anak-anak uruskan.

Ahli keluarga dah ramai, takkan nak suruh mak juga masak kan???!!Menu wajib raya pertama nasi minyak + ayam masak merah.

Raya ke 3 masing-masing akan balik rumah mertua (memang macam tu setiap tahun).

Baki duit kutipan akan digunakan untuk bayar bil elektrik dan air. Bayangkan semua nak pakai aircond, hp ada berapa bijik nak charge, laptop, lampu kipas 24 jam sebab ‘bergebang sampai pagi’.

Berpuluh-puluh orang mandi entah berapa banyak bil ayor yang kena bayor nanti. Ada baki itulah yang bagi dekat mak untuk simpan atau nak guna.

Itulah rutin kalau beraya di rumah mak.

Sekadar berkongsi cerita. Bukan apa, kesian dekat mak ayah kita yang terpaksa keluar duit sendiri untuk tanggung makan minum kita anak beranak.

Memang sekali sekala keluar duit, tetapi kalau kita boleh ringankan beban mereka kan lebih baik. Kadang-kadang kita terlepas pandang perkara yang remeh temeh tu. Mungkin tahun ni kita boleh buat perubahan.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin.

Kredit: Syah Rizal
.
Anda mempunyai cerita atau pengalaman yang ingin dikongsikan bersama?

Hantarkan kepada kami  di sini

Advertisements