Dikurniakan Kesemua Lima Anak Lelaki, Tiada Ungkapan Terbaik Melainkan Syukur Tak Terhingga

FB_IMG_1500032092467
Kredit gambar: Siti Maisarah Saifuddin

 

Story Sharing harini..

Apabila saya kemana, ditanya dengan persoalan,

“Ya Allah, semua 5 lelaki ke? Macamana Sarah jaga?”

Saya hanya mampu tersenyum.
Sempat saya berseloroh,

“Anak pertama kedua ni, memang jadi harimau singa. Tapi masuk no 5, dah jadi Naga berapi uminya. Hahaha”

Org arab kata, Get what I mean?
Yes! Bukan semudah yang disangka.

-Kalau yang pertama lelaki, adalah bonus bagi saya.

-Anak kedua lelaki, Allah nak bagi kawan untuk abangnya.

-Anak ketiga juga lelaki, Allah nak bagi geng surau ayahnya.

-Yang keempat juga lelaki, itu tanda Allah cukupkan pengusung jenazah saya.

-Dan apabila yang ke 5 juga lelaki,
Tiada ungkapan yang terbaik melainkan syukur tak terhingga.

Bererti Allah izinkan saya merasa menjadi Permaisuri dikalangan mereka.

Seringkali juga saya ditanya,

“Tak teringin ke Anak perempuan? “

Tipulah kalau tak teringin. Saya juga manusia normal. Tapi itu kuasa Allah swt.
Bukan terletak pada kuasa saya.

Allah lebih mengetahui. Kenapa Allah mengurniakan saya semua Anak lelaki. Kerana Allah mahu saya kuat!

Ya!. Saya mesti kuat. Untuk mereka. Untuk saya.

Wahai IBU yang punya Anak semua lelaki, Jangan sedih. Jangan merintih.

Berbanggalah kerana kita menjadi cinta pertama buat mereka..

Ya Allah,
Jagakan pahlawan muda saya.
Moga menjadi pahlawan syurga. Amin.

Doakan saya moga kuat menjaga mereka..

#cintapertamaanaklelaki
#kisahbenar
#kisahsaya

*Disiarkan di laman Gelugo dengan kebenaran Puan Siti Maisarah Saifuddin.

Advertisements