Buat Sendiri French Fries, Elakkan Ia Lembik Dan Serap Minyak Selepas Digoreng

 

FB_IMG_1500205887360

French Fries

Dulu aku tak suka buat ni sebab setiap kali aku goreng pasti lembik dan serap minyak yang sangat banyak, layu tak bermaya french fries aku masa tu.

Dah layu, hitam pula padahal guna api kecik. Sekali gigit, eh tak masak lago rupanya. Hmmm

Tapi sekarang aki dah suka buat sebab dah tahu cara buat dia berdiri tegak dan yang penting kurang serap minyak!

Rasanya super sedapp. Tak caya, awak cubalah.

Jom kita tengok cara-caranya.

FB_IMG_1500205872839

1. Sediakan 2 cup air sejuk / biasa + 2 sudu makan gula dalam besen / mangkuk besar.

Kacau dan ketepikan sebentar.

 

FB_IMG_1500205875490

2. Kupas lima biji kentang.

 

FB_IMG_1500205877923

3. Kemudian hiris macam dalam gambar.

Jangan nipis sangat ok.

Agak-agak macam French Fries KFC tu.

 

FB_IMG_1500205880247

4. Masukkan ke dalam air gula tadi.

Rendam selama 15 – 30 minit dan simpan dalam peti ais.

 

FB_IMG_1500205882723

5. Setelah 30 minit, panaskan air paip + 1 sudu kecil garam.

Biarkan hingga mendidih.

 

FB_IMG_1500205884893

6. Setelah mendidih, masukkan kentang tadi dan masak selama lima minit.

Tambahkan 1 sudu makan minyak masak.

 

FB_IMG_1500205887360

7. Setelah masak 5 minit, matikan api dan toskan kentang.

Biarkan kentang tadi suam-suam dulu sebelum dimasukkan ke dalam peti ais beku.

Biarkan ia beku selama 3 jam dahulu sebelum di goreng.

 

FB_IMG_1500205890053

8. French Fries yang siap digoreng.

 

FB_IMG_1500205893004

9. Tegak, tidak lembik dan tidak serap minyak.

 

Kredit: Nadiyatul Husna

Advertisements