#4 Resepi Telur Hancur Yang Sedap & Mudah Dibuat

20170716_212405

Telur Hancur Cheese

Bahan:

4 biji telur
1/4 cawan (60ml) susu
Garam & lada hitam
Mentega 10g
1/4 cawan (25g) cheddar cheese parut

Pukul telur dan susu bersama.

Perasakan dengan garam dan lada hitam.

Cairkan mentega dalam kuali nonstick dan goreng dengan api yang sederhana kecil.

Kacau telur sesekali, jangan terlalu hancur, biarkan selama 4-5 minit.

Akhir sekali masukkan keju.

Sumber: taste.com.au

.

20170716_212726

Basic Scrambled Eggs

Bahan:

4 biji telur
1/4 cawan susu
Garam & pepper
2 sudu teh butter

Cara:

Pukul telur, susu, garam dan lada dalam mangkuk sehingga sebati.

Panaskan butter ke dalam kuali nonstick dengan api yang sederhana.

Tuangkan campuran telur, teruskan memasak sehingga pekat dan tiada telur cecair kelihatan. Jangan kacau terlalu kerap.

Sumber: incredibleegg

.

20170716_212607

Scrambled Peppers & Eggs

Bahan:

2 sudu besar minyak zaitun
1 bawang merah, dicincang
2 paprika merah, dicincang
2 cili poblano @ Anaheim, dicincang
1 cili hijau segar (jalapeno), dicincang
1 bawang putih
Garam dan lada hitam
4 biji telur, dipukul

Cara:

Masukkan minyak ke dalam kuali besar dengan api sederhana tinggi.

Tambah bawang dan masak, kacau sekali-sekala, biarkan sehingga 1 atau 2 minit.

Tambahkan kesemua jenis cili dan bawang putih, taburkan garam dan lada hitam.

Kacau lagi sehingga semua cili berwarna terang tetapi tidak terlalu lembut selama 4-6 minit.

Perlahankan api dan masukkan telur. Kacau dan biarkan telur masak 3 hingga 8 minit.

Hidangkan dengan roti bakar, tortillas ataupun ikut suka anda.

Sumber: cooking.nytimes.com

.

20170716_212519

Mexican Scrambled Eggs

Bahan:

2 sudu besar minyak sayuran
2 tortillas jagung lembut
1 tomato, dipotong kecil
1 daun bawang, dicincang
1 cili hijau, dicincang
4 biji telur, dipukul
1/4 sudu teh garam (table salt)

Cara:

Panaskan minyak sayur-sayuran dalam kuali.

Gulung tortillas jagung jadi bentuk sosej dan kemudian guntingkan dan masuk ke dalam minyak panas.

Tumis untuk beberapa minit sehingga garing dan keemasan, keluarkan.

Tambah tomato dan daun bawang ke dalam kuali panas bersama-sama dengan cili, kacau kesemuanya.

Masukkan semula tortillas jagung yang digoreng ke dalam kuali, tambah telur dan garam.

Kacau lagi biar semuanya sebati.

Sumber: nigella.com

Advertisements