Kisah Paling Menarik Dalam Sukan Bola Sepak Yang Tidak Pernah Anda Tahu

20170728_204253
Gambar: Youtube

Pada tahun 1945, pasukan Arsenal telah mengadakan perlawanan persahabatan dengan kelab Dynamo Moscow.

Perlawanan ini berlangsung di stadium White Hart Lane.

Ketika perlawanan, kabus tebal telah melanda dan meliputi hampir keseluruhan stadium sehingga ke dalam padang.

Para pemain telah meminta kepada pengadil untuk menghentikan perlawanan disebabkan jarak pandangan yang sangat terhad, tetapi pengadil enggan dan mengarahkan perlawanan diteruskan.

Apa yang menarik ialah kedua-dua pasukan telah mengambil kesempatan diatas situasi yang berlaku.

Pasukan Dyanmo Moscow meminta untuk melakukan pertukaran pemain, pemain simpanan dimasukkan tetapi tiada pemain mereka yang keluar.

Sehingga pada satu masa pasukan dari Russia itu bermain dengan 15 orang di dalam padang!

Seorang pemain Arsenal pula telah diarah keluar padang kerana melakukan kekasaran pada sebelumnya. Tetapi ketika kabus tebal, pemain itu telah masuk semula ke dalam padang secara senyap-senyap dan meneruskan permainan sehingga tamat perlawanan.

Penjaga gol pasukan Arsenal pula telah pengsan dan terpaksa dikejarkan ke hospital setelah berlaga dengan tiang gol sendiri.

Seorang wartawan yang tiba-tiba muncul telah menggantikan penjaga gol yang cedera itu dan menyambung perlawanan seperti biasa.

Advertisements