Bila Masa Itu Tiba, Kita Pula Yang Rindu

20170801_140043

Bila tengok anak-anak tidur, sedih je ingat apa yang mereka lalui siang tadinya.

Kadang-kadang kena marah, kadang-kadang kena jerkah. Tapi mereka stay cool. Lepas 1 minit, happy semula.

Esoknya, loop yang sama berlaku lagi. Mereka main, menyanyi, berlari, melompat dan sebagainya. Kadang-kadang kita marah lagi, jerkah lagi.

Loop ini berterusan sehinggalah sampai 1 hari, dia tidak lagi menyanyi-nyanyi depan kita.

Tak lama lepas itu, tidak lagi melompat-lompat atas sofa dan katil.

Tak lama lepas itu, tiada lagi berlari-lari 2 beradik dari ruang tamu masuk bilik masuk dapur sampai jatuh bunga kita.

Rupa-rupanya mereka dah besar. Peluk pun tak nak dah. Tak nak dah dicium puas-puas seperti dulu. Rimas dah didukung-dukung seperti dulu. Segan dah nak diajak baring dipangku sambil kita baca-baca.

Tiada lagi memory hancurkan bilik air. Tiada lagi budak kecil habiskan syampu dan shower cream sebotol. Tiada lagi kes berus gigi semua dimasukkan dalam bowl.

Bila masa itu tiba, kita pula yang rindu.

Saya pun sama, kadang-kadang rindu pula moment-moment Uwaees sikit-sikit nak letak pipinya dengan pipi saya.

Alhamdulillah dia masih setia minta saya pegang tangannya selalu.

Nanti bila dah sekolah, duduk pula asrama, mesti lagi sunyi kan?

Kredit:
Artikel ini disumbangkan oleh Nur Firdaus

Advertisements