9 Perubahan Akan Berlaku Bila Anda Mula Berhenti Merokok

 

20170803_184253

1. Selepas 20 minit.
Tekanan darah dan kadar denyutan jantung mula menurun. Peredaran darah di bahagian tangan dan kaki mula bertambah baik.

2. Selepas 8 jam
Kadar karbon monoksida dalam darah berkurang dan tidak lagi menghalang oksigen daripada memasuki sel darah. Anda boleh melakukan aktiviti fizikal dengan lebih baik kerana bekalan oksigen bertambah. Jika anda seorang ibu mengandung, anak dalam kandungan juga mendapat bekalan oksigen dengan lebih baik.

3. Selepas 24 jam
Karbon monoksida disingkirkan dari badan. Bekalan oksigen di jantung meningkat dengan ketara dan mengurangkan sakit dada ketika melakukan aktiviti fizikal. Risiko untuk mendapat sakit jantung telah berkurang.

4. Selepas 48 jam
Nikotin disingkirkan sepenuhnya dari badan. Deria rasa dan bau kembali normal. Pernafasan menjadi bertambah baik dengan ketara.

Selain itu, rerambut halus pada paru-paru (silium) pulih seperti biasa untuk memindahkan partikel dari paru-paru. Salah satu tandanya ialah anda kerap batuk kerana lebih banyak kotoran dan bahan toksik disingkirkan dari paru-paru.

5. Selepas 14 hari
Peredaran darah menjadi lebih efisien.

6. Selepas 1 bulan
Keadaan kulit bertambah baik.

7. Selepas 3 bulan
Fungsi paru-paru semakin pulih dan kapasiti meningkat sebanyak 39%. Masalah pendek nafas juga berkurang selain tona kulit menjadi lebih baik dan tidak terlalu kusam.

8. Selepas 1 tahun
Risiko untuk mendapat sakit jantung berkurang sehingga 50%. Jika anda pernah mendapat serangan sakit jantung, anda telah mengurangkan 25% risiko untuk mendapat serangan berikutnya yang sepatutnya boleh membawa maut.

9. Selepas 5-10 tahun
Bergantung kepada berapa lama dan berapa banyak anda telah merokok, dalam tempoh ini, anda telah menurunkan risiko penyakit kardiovaskular, sakit jantung dan strok menjadi kembali sama seperti orang yang tidak merokok.

Ok semoga berjaya!

Advertisements