Nasi Lemak Tanpa Santan, Resepi Mudah Untuk Surirumah

on

20170804_200119

Cerita sebungkus nasi lemak.

Alhamdulillah, hari ni hari ke-4 saya bukak gerai depan rumah. Ini nasi lemak resepi emak saya.

Sebenarnya saya tolong mak saya meniaga dari darjah dua. Sekarang umur saya 26 tahun. Saya ada diploma in nursing. Tapi pilih jadi suri rumah, sebab tak kuat nak tinggalkan anak-anak.

Sekarang saya jual untuk cari duit poket sendiri. Alhamdulillah, sehari jual 40-50 bungkus. Saya jual RM1 jer sebungkus.

Setiap kali saya masak nasi mesti bergenag air mata teringat masa kecik-kecik dulu. Sekarang saya pulak teruskan legasi tu, hihihi.

Special nasi lemak ni saya tak pakai santan.

Ni saya share resipi. Mana tahu ada suri rumah nak buat duit jugak.

 

Untuk Nasi.

-Beras basuh tanak macam biasa.

-Masuk daun pandan dan garam.

Bahan Untuk Tumis Darat. 

-Bawang kecik

-Halia

-Kulit kayu manis dengan adik beradik dia (bunga lawang, buah pelaga, cengkih).

-Tumis semua dan masukan dalam nasi.

-Bila nasi dah nak kering, kacau biar sekata ya.

Untuk Sambal

-Tumis bawang besar yang dah diblend (saya blend dengan minyak sesiap).

-Bila dah wangi baru masukkan cili blend, biarkan diorang pecah minyak.

-Masukkan air, asam keping, gula, garam (saya guna gula kabung).

-Masak sampai dia kering.

-Lepas tu boleh hidangkan dengan timun, kacang dan telur.

Sekian tq.

Kredit:  Siti Nor Fathin

Advertisements