7 Makanan Ini Boleh Memperbaiki & Meningkatkan Tenaga Batin Suami Isteri!

FB_IMG_1501940264769

1. Bendi

Bendi mempunyai nutrien atau nilai kesihatan yang baik untuk organ dalaman, terutamanya organ pembiakan.

Bendi kaya dengan vitamin A, C, K, B6, folat, zink, zat besi, potasium yang baik dalam memastikan rahim kekal sihat.

Bendi juga mengandungi magnesium iaitu sejenis penenang semula jadi yang mampu membuatkan diri anda yang gemuruh menantikan saat romantis bersama pasangan anda kembali tenang.

Untuk memastikan khasiat-khasiat ini kekal dalam bendi yang dimasak untuk makan malam romantis anda, kukus sebentar bendi dan perah sedikit jus lemon diatasnya!

 

FB_IMG_1501940552289

2. Bawang Putih

Bawang putih mengandungi enzim yang dipanggil alisin yang melancarkan peredaran darah.

Jadi, semakin lancar peredaran darah anda, semakin bahagia pasangan anda nanti.

Janganlah teragak-agak untuk menyediakan makanan yang mengandungi bawang putih sebelum saat intim bersama pasangan anda.

Selepas itu, anda boleh berus gigi dan hilangkan bau bawang yang kurang menyenangkan tersebut.

 

FB_IMG_1501940498173

3. Kayu Manis

Kayu manis atau cinnamon, adalah sejenis rempah yang lazimnya digunakan dalam masakan berkari.

Kayu manis diguna pakai dalam masakan kerana sifat rempah ini yang mengurangkan kepedihan ulu hati atau keasidan dalam perut di samping membawa kadar kandungan gula dalam darah pada tahap yang normal.

Walau bagaimanapun, tidak ramai yang tahu bahawa kayu manis membawa manfaat dalam hubungan intim.

Salah satu sebab kayu manis dikelaskan sebagai sejenis rempah adalah disebabkan sifat kayu manis itu sendiri yang dapat memanaskan badan dan apabila badan panas, keinginan anda untuk bersama yang tersayang juga semakin tinggi.

Jadi, apabila anda ingin menetapkan mood romantis, jangan lupa untuk hidangkan hidangan kari yang mengandungi kayu manis ini.

 

FB_IMG_1501940378674

4. Tongkat Ali

Tongkat ali merupakan sejenis herba berkayu yang dikenali sebagai Viagra Malaysia iaitu ubat batin yang berkesan untuk kaum lelaki.

Kebaikan tongkat ali adalah dari segi pemberian stamina dan tenaga selain daripada meningkatkan level hormon testeron untuk memastikan tubuh badan anda (yang lelaki sahaja kekal sihat).

Tongkat ali juga sesuai untuk dimakan bagi golongan yang menghidapi penyakit malaria, tekanan darah tinggi, demam dan penat badan.

Untuk hasil yang berkesan, pastikan anda makan akar tongkat ali yang sebenar dan bukannya dipaketkan!

 

FB_IMG_1501941030447

5. Pisang

Pisang kaya dengan vitamin B dan potasium yang memberikan tenaga dan juga meningkatkan pengeluaran hormon seksual.

Selain itu, pisang juga mengandungi sejenis enzim iaitu bromelain yang meningkatkan tenaga batin dan memberikan ransangan seksual yang tinggi.

Jadi, jangan lupa untuk beli pisang goreng apabila anda ingin bermanja dengan pasangan.

 

FB_IMG_1501940836504

6. Cili

Cili mengandungi satu kompaun aktif yang dipanggil kapsaikin yang memberikan rasa pedas dan pedih pada cili.

Bahan ini juga merangsang pengeluaran endorfin iaitu bahan kimia dalam badan yang membuatkan anda berasa gembira dan dalam keadaan yang positif.

Cili juga melancarkan peredaran darah dan membuatkan jantung mengepam darah dua kali ganda banyak sehingga menyebabkan anda menjadi panas dan berpeluh-peluh.

Cili juga membuatkan kulit anda lebih sensitif dan peka dengan sebarang sentuhan.

 

FB_IMG_1501941326598

 

7. Coklat

Coklat merangsang pengeluaran bahan kimia feniltilamin sepertimana dikeluarkan apabila anda mula-mula jatuh cinta.

Jadi, kembalikan kenangan masa baru bercinta bersama pasangan dengan sekotak coklat untuk dikongsi bersama.

 

Advertisements