Atasi Masalah Gout Secara Semulajadi Dengan Buah Nenas

on
FB_IMG_1502268808556
Image via Suri Roowi

Betik dan nenas adalah antara sumber yang baik untuk masalah gout. Ianya disebabkan oleh kehadiran enzim proteolitik yang dikenali sebagai papain dan bromelain.

Bromelain banyak dalam empulur nenas.

Enzim papain dari betik bersifat anti radang, membantu tubuh jadi beralkali dan menghalang peningkatan asid urik.

Enzim-enzim ini juga membantu penghadaman protein.

Sumber-sumber alami lain yang boleh digunakan adalah misai kucing, ceri, saderi, buah belinjau dan kunyit (curcumin).

Perlu juga kurangkan makanan tinggi purine contoh hati, `seafood’ contoh kupang, ketam, sardin etc….

Nenas boleh membantu mengatasi masalah gout. Ini kerana nanas mengandungi enzim ‘bromelain’.

‘Bromelain’

a. boleh membantu mengurai asid urik kristal dan mengurangkan kesakitan yang disebabkan oleh gout.

b. banyak terdapat dalam;
– tangkai buah nenas
– kulit
– jambul
– empulur
(empulur nanas adalah bahagian yang biasa dimakan)

c. juga hadir dalam isi nenas, tetapi pada kuantiti yang rendah.

d. membantu mencegah serangan gout
berulang

e. boleh bertindak sebagai antiradang dan boleh mengurangkan rasa sakit

Enzim ‘bromelain’ juga….

a. stabil pada kemasaman pH 3.0 hingga pH 6.5 (mungkin kurang sesuai untuk buat jus nenas + limau kasturi @ jus nenas + madu kelulut) sebab jadi lebih masam

b. akan menurun aktivitinya jika dipanaskan pada suhu lebih daripada 70°C

(lebih baik makan nanas segar)

Selamat mencuba dan dapatkan nasihat doktor jika symptom berterusan.

Dr. Suri Roowi
Principal Scientist &
Deputy Director Food Designing MARDI.

-Artikel ini disumbangkan oleh  Dr. Suri Roowi

Advertisements