Foto Janin Manusia Yang Pertama Berjaya di Rakam Pada 1965

Foto foto detik perkembangan embrio dalam perut seorang ibu ini telah berjaya dirakam oleh jurugambar dari Sweeden, Lennart Nilsson pada tahun 1965.

Beliau telah menghabiskan masa selama 12 tahun ‘bekerja’ tepat di rahim untuk merakam foto foto ini bermula dari saat janin berkembang.

Hasil kerja beliau ini kemudiannya diterbitkan semula dalam majalah LIFE pada tahun 1965 dan dalam masa beberapa hari sahaja 8 juta naskah telah berjaya dijual.

Pada masa itu, inilah kali pertama manusia berpeluang melihat sendiri proses perkembangan bayi dari dalam perut seorang ibu.

Sedikit Fakta Untuk Anda:

– 350,000 orang bayi telah dilahirkan diseluruh dunia.

– 255 kelahiran pada setiap minit.

– 4 kelahiran pada setiap saat (Anggaran tahun 2013).

– Populasi manusia di seluruh dunia kini sudah mencecah seramai 7.2 bilion orang, dan akan mencapai 8 hingga 10 bilion pada tahun 2050 kelak.

Lennart telah meninggal dunia pada bulan Januari 2017, namun hasil kerja yang luarbiasa ini akan terus diingati.
.

FB_IMG_1502454359946

1. Sel sperma bergerak disepanjang tiub fallopio menuju ke arah sel telur.

.

FB_IMG_1502454364332

2. Sel telur.

.

FB_IMG_1502454368520

3. Sperma sedang menghampiri sel telur.

.

FB_IMG_1502454371511

4. Sel sperma sedang berusaha memasuki sel telur.

.

FB_IMG_1502454374436

5. Sel sperma yang menang akan berjaya memasuki sel telur.

.

FB_IMG_1502454377389

6. Proses persenyawaan antara sel sperma dan sel telur bermula.

.

FB_IMG_1502454380593

7. Selepas lapan hari.  Embrio manusia melekat pada dinding rahim.

.

FB_IMG_1502456644581

8. Otak mula berkembang didalam embrio manusia.

.

FB_IMG_1502454386997

9. Hari ke 24. Embrio sudah mempunyai jantung yang berdegup sejak hari ke 18.

.

FB_IMG_1502454391883

10. Selepas 4 minggu. Tulang belakang mula terbentuk.

.

FB_IMG_1502454396414

11. Minggu ke 5. Wajah mula terbentuk bersama lubang untuk mata, hidung dan mulut. Embrio kini bersaiz sekitar 9mm.

.

FB_IMG_1502454400272

12. Selepas hari ke 40, plasenta pula terbentuk. Organ ini menyambungkan embrio ke rahim supaya janin yang sedang berkembang menerima nutrien, oksigen dan membuang sisa melalui aliran darah ibu.

.

FB_IMG_1502454403622

13. Minggu ke 8. Embrio semakin membesar dengan dilindungi karung janin.

.

FB_IMG_1502454407258

14. Selepas 16 hari, fetus mula menggunakan tangan untuk menyentuh badan dan persekitaran.

.

FB_IMG_1502454410590

15. Fetus mula terbentuk kelihatan seperti anggota bayi.

 

FB_IMG_1502454415180

16. Rangka bayi terdiri dari tulang rawan dan pembuluh darah dapat dilihat melalui kulit.

.

FB_IMG_1502454419936

17. Minggu ke 18. Janin bersaiz sekitar 18cm dan dapat mendengar bunyi dari dunia liar.

.

FB_IMG_1502454423168

18. Minggu ke 19. Jari janin mula ditumbuhi kuku kecil.

.

FB_IMG_1502454426817

19. Minggu ke 20. Bulu-bulu halus mula tumbuh dikepala. Bayi telah berkembang sebesar 2cm.

.

FB_IMG_1502454429888

20. Minggu ke 24. Fetus semakin membesar.

.

FB_IMG_1502454432597

21. Gambar menunjukkan bayi pada minggu ke 26.

.

FB_IMG_1502454439234

22. Selepas 6 bulan. Bayi telah bersedia meninggalkan rahim. Bayi juga berubah posisi keadaan terbalik untuk lebih mudah dilahirkan.

.

FB_IMG_1502454442196

23. Empat minggu sebelum bayi lahir ke dunia.

****

Sumber:

– unbelievable.com

– lennartnilsson.com

– GELUGO

Advertisements