‘DIY’ Ubat Batuk Ala Strepsils Guna Bahan Dari Dapur Sahaja

20170817_130931

Sakit tekak campur batuk memang perit. Nak nak korang mesti nak jimat. Nah ambik ni. Fuhhh berangin lega tekak.

Guna bahan kat dapur saja!

Bahan-bahan:

Halia muda belia – 1 ketol
Gula – 1 cawan tea
Serbuk Cengkih – secubit
Madu – 1 sudu besar
Lemon – 1/2 bijik
Air – 1 cawan tea

Pssst ‘cawan tea’ tu cawan yang korang minum tea pepagi tu. Jangan pi tambah serbuk tea pulak. Haru!

Cara-caranya:

1. Buang kulit halia, potong nipis dan tumbuk hancur.

2. Masukkan halia, gula, air, madu, secubit serbuk cengkih dan lemon. Eh! kire masuk semua bahan la senang.

3. Biar sampai mendidih. Kaler pun dah cun. Tutup api, pastu biar kan sejuk jap.

4. Boleh bentukkan guna hujung sudu.
Tabur powder gula last sekali.

Tadaaaa. Simpan la mana-mana tempat yang mudah ingat. Koh koh ambik je takyah cari farmasi dah.

Share lah nanti boleh buat pulak.

-Artikel ini disumbangkan oleh Puan Rusmida Rusdi

Advertisements