‘Abi’ Dari Neraka -part 2

on

FB_IMG_1503395531332

*Lebih perincian yang tidak dimasukkan dalam story sebelumnya. Part 1 anda boleh ikuti disini

***

1. Elisabeth ada 7 adik beradik, dua lelaki dan lima perempuan. Ibunya bernama Rosemarie turut menjadi mangsa penderaan Josef sehingga takut membuat dakwaan terhadap Josef. 3 anak Elisabeth di besarkan bersama mereka, 3 lagi bersama Elisabeth.

2. Rumah mereka hidup bertingkat dan ada tingkat yang disewakan pada penyewa. Kecuali basement.

3. Nota yang yang disertakan pada anaknya Lisa dalam bakul : ” Anda mungkin terkejut mendengar perkhabaran dari saya setelah sekian lama. Saya menyusukan dia selama 6 setengah bulan dan sekarang dia sudah boleh minum susu dari botol. Dia budak baik dan boleh makan dengan sudu”

4. Fritzl akan turun ke basement setiap hari pada pukul 9.00am dengan alasan untuk menyiapkan lukisan mekanikal enjin. Makanan diturunkan melalui hatch. Jika makanan dibawa secara terus, Elisabeth tahu dia akan ‘kena’. Menurutnya lagi ” light off. Rape. Light on. Mold. Light off rape.”

Dalam bilik itu tiada pengaliran udara semulajadi dan cahaya matahari. Dan siling di buat rendah agar bunyi tidak tembus keluar. (anggaran 5-6 kaki)

Elisabeth menghabiskan masanya dengan mengajar anaknya membaca, menulis dan permainan menguji minda.

5. Josef memberi amaran pintu mempunyai arus elektrik dan mereka akan terkena renjatan jika cuba melarikan diri. Dia juga mengugut bahawa gas beracun akan disalurkan jika mereka cuba membuat sesuatu.

6. Penyewa mendakwa jika mereka turun ke basement. Mereka akan terus diberikan notis keluar rumah. Untuk ke basement perlu melalui’ 8 pintu yang sentiasa dikunci dan pintu terakhir cuma berketinggian 3 kaki serta tersorok. Semasa perbicaraan. Elisabeth berkata ” saya menjerit banyak kali tapi tiada siapa yang mendengar”

7. Semasa Kerstin dihantar ke hospital. Elisabeth menyertakan nota dalam poket bertulis:

“Tolong selamatkan dia, Kerstin takut dengan orang ramai. Dia tak pernah ke hospital. Kerstin, semoga kuat sehingga kita bertemu lagi”.

Bila pihak hospital bertanya Josef mengakui itu adalah nota dari Elisabeth dan cuba pusing cerita.

8. Elisabeth bukanlah mangsa pertama. Ketika Josef muda dia pernah dipenjara kerana merogol seorang ibu muda sambil mengacukan dengan pisau. Tapi undang-undang Austria waktu itu mengamalkan polisi rekod jenayah selepas 10 tahun akan di padamkan. Selain itu Josef turut mengurung ibunya sendiri di loteng bila ibunya sudah meningkat usia. Sewaktu kecil Josef mendakwa dirinya menjadi mangsa penderaan ibunya.

9. Pada 1984 Ronald Reagen masih menjadi Presiden Amerika, Ketika Elisabeth dibebaskan pada 2008, Manchester United memenangi UEFA Champions League buat kali ke-3 :

Waktu itu Elisabeth sudah berusia 42 tahun
Kerstin 19 tahun
Stefan 18 tahun
Lisa 16 tahun
Monika 14 tahun
Alexander 12 tahun
Felix 5 tahun

Kesemua mereka mengalami masalah anemia, kekurangan vitamin D, masalah tulang yang lemah, dan tidak boleh berjalan jauh. Untuk naik dan turun tangga pun sesuatu yang baru yang perlu mereka belajar.

Stefan lebih teruk mengalami masalah spinal. Ini kerana beliau lebih tinggi dari siling bilik kurungan menyebabkan dia berjalan membongkok, dijangkakan kecacatan ini kekal.

Mereka kemudiannya di pindahkan ke suatu tempat rahsia, serta diberikan identiti baru yang berjarak 40 batu dari tempat mereka dikurung. Rumah baru dilengkapi dengan cctv, pengawal dan pagar keselamatan.

2013, bahagian belakang rumah mereka di turap dengan konkrit setelah tempat kurungan bawah tanah menjadi tempat parti anak-anak muda.

FB_IMG_1503395533785*Terjemahan dari tulisan ini; “Kami seluruh keluarga mengambil kesempatan untuk berterima kasih kepada semua pihak yang bersimpati dengan nasib kami. Belas ihsan semua banyak membantu kami ketika keadaan sukar. Ini memberikan petunjuk bahawa masih ada lagi diluar sana orang yang jujur dan baik hati yang mengambil berat ke atas kami”

.

FB_IMG_1503395536209

*Gambar atas: Rumah Josef Fritzl, pandangan dari udara.

Artikel ini disumbangkan oleh Muhamad Khair

Advertisements